comparemela.com

Latest Breaking News On - Mud cases - Page 1 : comparemela.com

Covid-19: Kes harian baharu boleh melonjak 10,000?

Covid-19: Kes harian baharu boleh melonjak 10,000? A A KUALA LUMPUR - Kes harian baharu Covid-19 tidak mustahil boleh menjangkau 10 ribu melihatkan kepada trend peningkatan kes yang mendadak sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (3 Julai hingga 9 Julai). Kemungkinan ini juga berdasarkan kebiasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan aktiviti saringan kesihatan awam dan bersasar di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD). Dua negeri yang mencatat kes harian terbanyak kebelakangan ini iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan (WP Kuala Lumpur) diletakkan di bawah PKPD bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021. PKPD di Selangor melibatkan 34 mukim sementara WP Kuala Lumpur, membabitkan 14 lokaliti. Malaysia hari ini (9 Julai) mencipta sejarah kes harian baharu tertinggi sebanyak 9,180 kes, sejak tiga kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.