comparemela.com

Latest Breaking News On - Village often - Page 1 : comparemela.com

Ibu tunggal ambil upah cuci ayam sara tiga anak

Ibu tunggal ambil upah cuci ayam sara tiga anak A A KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal di Kampung Sering, Kedai Lalat di sini gigih mengambil upah mencuci ayam di kedai makan bagi menyara tiga anak lelakinya sejak tiga tahun lalu. Mek Zah Mat Hassan, 56, berkata, dia perlu bekerja bagi menampung keperluan mereka tambahan pula salah seorang anaknya yang berusia 27 tahun mengalami kemurungan. Menurutnya, dia akan bangun seawal jam 5 pagi untuk ke kedai makan tempatnya bekerja dengan berjalan kaki sejauh satu kilometer dari rumah kayu pusaka usang yang menjadi tempat tinggal mereka. “Saya akan mencuci ayam dan membuat kerja-kerja pembersihan di gerai makan itu selama dua jam sehingga 7 pagi.

MOSTI runding dengan Arab Saudi isu pengiktirafan vaksin haji

MOSTI runding dengan Arab Saudi isu pengiktirafan vaksin haji A A KOTA BHARU - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melakukan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi berkenaan isu pengiktirafan vaksin Covid-19 membabitkan jemaah haji. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya berharap dalam tempoh terdekat kerajaan Arab Saudi akan menerima semua jemaah yang telah mendapat suntikan vaksin yang diktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Katanya, setakat ini kesemua vaksin Covid-19 yang dibekalkan kepada kerajaan Malaysia adalah diiktiraf oleh WHO. “Insya-ALLAH dalam masa terdekat ini kita berharap untuk kerajaan Arab Saudi menerima semua vaksin yang diktiraf oleh WHO,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Sumbangan Inspirasi Qaseh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Sering di sini pada Ahad.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.