comparemela.com


MOSTI runding dengan Arab Saudi isu pengiktirafan vaksin haji
A
A
KOTA BHARU - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melakukan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi berkenaan isu pengiktirafan vaksin Covid-19 membabitkan jemaah haji.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya berharap dalam tempoh terdekat kerajaan Arab Saudi akan menerima semua jemaah yang telah mendapat suntikan vaksin yang diktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Katanya, setakat ini kesemua vaksin Covid-19 yang dibekalkan kepada kerajaan Malaysia adalah diiktiraf oleh WHO.
“Insya-ALLAH dalam masa terdekat ini kita berharap untuk kerajaan Arab Saudi menerima semua vaksin yang diktiraf oleh WHO,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Sumbangan Inspirasi Qaseh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Sering di sini pada Ahad.

Related Keywords

Ahmad Marzuki Shaary ,Ahmad Marzuki ,Organizations Health World ,City New Ministry Science ,P Affairs Religion ,Technologyi Innovation ,Department Prime Ministers ,Council Submission Contribution Inspiration Foundation Economic Development ,Deputies Minister ,Grandfather Ahmad Marzuki Shaary ,Village Often ,

© 2024 Vimarsana

comparemela.com © 2020. All Rights Reserved.