Kluster tapak bina sumbang 24 peratus kes baharu di KL, Putrajaya
A
KUALA LUMPUR - Sebanyak 423 kes baharu Covid-19 melibatkan tiga kluster tapak bina dilaporkan di Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya pada Sabtu.
Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) dalam satu kenyataan berkata, kluster tapak bina menyumbang 24 peratus daripada 1,881 kes harian pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, tapak bina Maple Residence, Taman OUG menyumbang 270 kes positif; tapak bina Residensi Laman Sari, Batu sebanyak 141 kes dan tapak bina Serene Mont Kiara dengan 12 kes. Tapak bina Maple Residence dan Residensi Laman Sari merupakan kluster baharu, menurut kenyataan pada Ahad.
Dalam kenyataan sama, CCMC-WP berkata, kes positif Covid-19 pada Sabtu melibatkan 1,153 warganegara dan 628 bukan warganegara dengan 98 peratus kes di bawah kategori satu dan dua.
Selangor, KL masih dikurung? sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
PKPD: Penduduk KL dibenarkan ke PPV temujanji vaksinasi
A
KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur yang mempunyai janji temu vaksinasi dibenarkan keluar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi tujuan vaksin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, walaubagaimanapun, penduduk-penduduk di kawasan PKPD yang telah dipakaikan gelang pink dan menunggu keputusan ujian saringan tidak dibenarkan keluar untuk urusan vaksinasi. Bagi memudahkan urusan penduduk-penduduk di kawasan PKPD tersebut, kita menasihatkan mereka supaya menyemak serta mendapatkan maklumat dengan pegawai bertugas di kawasan PKPD tersebut atau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) masing-masing sekiranya timbul sebarang masalah atau kekeliruan, katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Penduduk keliru SOP PKPD bersasar KL
A
A
KUALA LUMPUR - Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda di sini keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar di kawasan perumahan itu yang dijalankan serentak dengan beberapa lokaliti lain yang berkuat kuasa pada Sabtu.
Ketua Blok A, Abu Bakar Mat Nayan berkata, apa yang disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui media massa tidak sama dengan apa yang sedang mereka jalani di lapangan sekarang.
Menurutnya, penduduk juga masih samar mengenai status keluar masuk ke perumahan tersebut selain status kebenaran untuk keluar bekerja. Ramai yang keliru, tak tahu boleh keluar atau tidak. Ada yang mempunyai surat MITI dibenarkan keluar bekerja atau tidak, itu antara persoalan dibangkitkan penduduk.
PKPD: Kawat dipasang di tangga elak penduduk keluar masuk blok sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.