Kluster tapak bina sumbang 24 peratus kes baharu di KL, Putrajaya
A
KUALA LUMPUR - Sebanyak 423 kes baharu Covid-19 melibatkan tiga kluster tapak bina dilaporkan di Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya pada Sabtu.
Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) dalam satu kenyataan berkata, kluster tapak bina menyumbang 24 peratus daripada 1,881 kes harian pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, tapak bina Maple Residence, Taman OUG menyumbang 270 kes positif; tapak bina Residensi Laman Sari, Batu sebanyak 141 kes dan tapak bina Serene Mont Kiara dengan 12 kes. Tapak bina Maple Residence dan Residensi Laman Sari merupakan kluster baharu, menurut kenyataan pada Ahad.
Dalam kenyataan sama, CCMC-WP berkata, kes positif Covid-19 pada Sabtu melibatkan 1,153 warganegara dan 628 bukan warganegara dengan 98 peratus kes di bawah kategori satu dan dua.
Tiga lokaliti di Sabah, satu di Pahang dikenakan PKPD
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
PPN: 67 premis ingkar SOP diarah tutup semalam
harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Wanita menyusup masuk kawasan PKPD mahu ziarah nenek
A
A
KUALA LUMPUR - Seorang wanita bertindak menyusup masuk ke dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini pada petang Jumaat.
Individu yang merupakan warga tempatan itu dipercayai mahu menziarahi neneknya yang tinggal di PPR tersebut.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, tindakan wanita berkenaan dirakam netizen dipercayai penghuni kawasan tersebut. Laporan polis kemudiannya dibuat berdasarkan video berkenaan kira-kira jam 10.51 malam oleh seorang pegawai kanan polis yang menjaga kawasan PKPD berkenaan. Suspek yang memakai baju warna gelap dan seluar putih dilihat menyusup masuk seorang diri ke kawasan PPR tersebut melalui pagar berduri jenis dawai besi yang dipasang di sekeliling blok, katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Ada perbezaan SOP PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.