comparemela.com

Latest Breaking News On - Uptown stf - Page 11 : comparemela.com

Hanya untuk rakyat status warganegara | Daily Express Online - Sabah s Leading News Portal

Published on: Saturday, July 17, 2021 By: Anthea Peter Masidi Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri mengiktiraf nasib pendatang tanpa izin yang memerlukan bantuan, bagaimanapun, kata Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bantuan Kerajaan Negeri hanya diberikan kepada rakyat Sabah berstatus warganegara sahaja. “Secara prinsipnya, Kerajaan Negeri hanya memberikan bantuan kepada mereka yang berstatus warganegara. “Bagaimanapun, jika ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang ingin memberikan bantuan kepada pendatang-pendatang tanpa izin ini, Kerajaan Negeri tiada halangan,” katanya dalam kenyataan, Jumaat. ADVERTISEMENT Beliau mengulas laporan akhbar ini bertajuk “Semakin Ramai PTI Turut Pasang Bendera Putih” yang diterbitkan Khamis lalu. Dalam laporan itu, Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP Kota Kinabalu Chan Foong Hin bertanya kepada Kerajaan Negeri jika terdapat sebarang langkah untuk memenuhi keperluan pendatang tanpa izin.

Ibu bapa tertekan urus PdPR anak

Ibu bapa tertekan urus PdPR anak A A SHAH ALAM - Setelah lebih setahun pembelajaran dalam talian dilaksanakan susulan pandemik Covid-19, pelajar terutamanya murid sekolah rendah mula menunjukkan perubahan mereka terhadap sistem pembelajaran tersebut. Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan saja menuntut disiplin tinggi pelajar malahan ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting demi memastikan anak-anak mereka tidak tercicir. Bagaimanapun itu bukan perkara yang mudah untuk dilakukan dan ternyata memberi cabaran kepada ibu bapa khususnya mereka yang bekerja. Di GEORGETOWN, seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Nina, 30-an, berkata, setiap hari dia perlu menguruskan dua anak berusia lapan dan sembilan tahun untuk belajar dalam talian.

Pemuda PAS Sabah lapor polis Kit Siang biadab

Pemuda PAS Sabah lapor polis Kit Siang biadab July 7, 2021 NOR HAZWANI NOH KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan di seluruh negeri itu telah membuat laporan polis terhadap kebiadapan dan keceluparan yang dilontarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Ketua Penerangannya, Mustaman Mustain berkata, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu ciapannya di twitter dengan secara sedar dan niat tidak baik telah sengaja menghina Allah. Advertisement Seterusnya menghasut dan mengelirukan aqidah umat Islam supaya mempertikaikan kuasa Allah yang jelas telah melukakan perasaan umat Islam, ujarnya. “Tindakan ini jelas menghina Islam selain boleh menyebabkan perpecahan kaum dan mengundang ketegangan antara agama,” katanya pada satu hantaran di laman Facebook Rasmi PAS kawasan Libaran, hari ini.

Sabah sasar 18,000 pekerja industri pembuatan diberi vaksin

Sabah sasar 18,000 pekerja industri pembuatan diberi vaksin A A KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah menyasarkan 18,000 pekerja membabitkan 407 kilang pembuatan yang berdaftar diberikan vaksin menerusi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) yang dilaksanakan di negeri ini. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program itu membabitkan pekerja dalam sektor pembuatan di Kota Kinabalu dan daerah berdekatan iaitu Putatan, Penampang, Papar serta Tuaran. Melalui PIKAS, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma manakala pihak swasta akan menguruskan pusat pemberian vaksin (PPV) termasuk penglibatan perkhidmatan perubatan swasta. Semua kos pengurusan PPV akan ditanggung oleh pihak swasta untuk menjimatkan peruntukan kerajaan, katanya selepas melawat hari pertama PPV PIKAS beroperasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

PKPD beberapa lokaliti di Sabah mulai Isnin

PKPD beberapa lokaliti di Sabah mulai Isnin
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.