Published on: Saturday, July 17, 2021
By: Anthea Peter
Masidi
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri mengiktiraf nasib pendatang tanpa izin yang memerlukan bantuan, bagaimanapun, kata Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bantuan Kerajaan Negeri hanya diberikan kepada rakyat Sabah berstatus warganegara sahaja.
“Secara prinsipnya, Kerajaan Negeri hanya memberikan bantuan kepada mereka yang berstatus warganegara.
“Bagaimanapun, jika ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang ingin memberikan bantuan kepada pendatang-pendatang tanpa izin ini, Kerajaan Negeri tiada halangan,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.
ADVERTISEMENT
Beliau mengulas laporan akhbar ini bertajuk “Semakin Ramai PTI Turut Pasang Bendera Putih” yang diterbitkan Khamis lalu.
Dalam laporan itu, Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP Kota Kinabalu Chan Foong Hin bertanya kepada Kerajaan Negeri jika terdapat sebarang langkah untuk memenuhi keperluan pendatang tanpa izin.