JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan terus menyokong Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan kerajaan Perikatan Nasional (PB) ketika ini walaupun Perdana Menteri sudah meletakkan jawatan.
JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor hari ini menyatakan pendirian terus kekal menyokong kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) Johor, yang dipimpin Umno susulan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dan jemaah menterinya. Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu. “Setakat ini, insya-Allah kekal. Bersatu Johor masih menyokong kerajaan negeri Johor sehinggalah ada arahan selanjutnya dari pucuk pimpinan parti,” kata ADUN Bukit Kepong secara ringkas ketika dihubungi menerusi Whatsapp, di sini, pada Isnin.
JOHOR BAHRU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula esok ( Khamis) hingga 22 Ogos depan dijangka menjadi tumpuan susulan ketegangan politik antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan UMNO di peringkat pusat.
Keabsahan kerajaan PN Johor bakal ditentu Khamis depan harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
UMNO tarik sokongan: Bersatu Johor sedia sebarang kemungkinan
A
JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor sedia dengan sebarang kemungkinan susulan pengumuman UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.
Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Ir Md Nasir Hashim berkata, pihaknya menjangkakan satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan tersebut dan hala tuju parti. Setakat ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Bersatu Johor masih belum cakap apa-apa lagi dengan saya, jadi kita tunggu apa arahan atau perkembangan daripada kepimpinan Bersatu Pusat. Saya ada juga bertanyakan perkara ini menerusi aplikasi WhatsApp kepada Setiausaha PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkenaan perkara ini tetapi masih belum menerima sebarang jawapan, katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.