JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor hari ini menyatakan pendirian terus kekal menyokong kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) Johor, yang dipimpin Umno susulan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dan jemaah menterinya. Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu. “Setakat ini, insya-Allah kekal. Bersatu Johor masih menyokong kerajaan negeri Johor sehinggalah ada arahan selanjutnya dari pucuk pimpinan parti,” kata ADUN Bukit Kepong secara ringkas ketika dihubungi menerusi Whatsapp, di sini, pada Isnin.