comparemela.com

Latest Breaking News On - Thing constitution federal - Page 7 : comparemela.com

Sidang Khas Parlimen: Rakyat tunggu 26 Julai ini

Sidang Khas Parlimen: Rakyat tunggu 26 Julai ini July 15, 2021 SETELAH begitu lama desakan dibuat akhirnya parlimen akan dibuka semula. Sidang khas Dewan Rakyat diadakan bermula 26 Julai ini. Ia berlangsung selama lima hari. Manakala sidang Dewan Negara pula diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos. Kerajaan sedia maklum tanggungjawab itu. Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen perkara itu sudah menjadi rutin. Setiap tahun tiga kali persidangan parlimen diadakan. Namun kali ini rutin itu tidak dapat dilaksanakan kerana proklamasi darurat. Ia bukan disengajakan, kata kerajaan. Jauh sekali hendak berpolitik mengenainya. Ia berlaku kerana asbab. Darurat dilaksanakan mulai 11 Januari lepas. Darurat diisytihar kerana pandemik Covid-19. Wabak Covid-19 bukan kes biasa. Kematian melebihi 6,503 kes sehingga semalam.

Rakyat cemas tunggu detik 26 Julai ini

Rakyat cemas tunggu detik 26 Julai ini
harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.

Guna sebaik mungkin lima hari sidang Parlimen

Guna sebaik mungkin lima hari sidang Parlimen A MESYUARAT Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini. Persidangan tersebut bertujuan memberi penerangan kepada semua ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan serta peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid. Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Berdasarkan tempoh selama lima hari persidangan, ia sememangnya amat singkat untuk membahaskan isu-isu membabitkan kepentingan negara, lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 yang terus menghantui kehidupan seluruh rakyat jelata.

Hentikan mainan politik

Hentikan mainan politik A SISTEM politik di Malaysia kian berantakan dari sehari ke sehari. Minggu ini sahaja UMNO telah mengeluarkan kenyataan menarik diri daripada kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun beberapa jam sebelum itu Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kanan yang baharu daripada UMNO. Tindakan Muhyiddin dilihat langsung tidak menjadi pemangkin untuk UMNO terus berada dalam kerajaan, sebaliknya UMNO mendesak beliau meletak jawatan. Ironinya, sekitar Mac tahun lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, pelantikan empat Menteri Kanan dalam Jemaah Menteri beliau menyebabkan tiada keperluan melantik TPM. Namun kini TPM dilantik tetapi empat Menteri Kanan masih dikekalkan. Persoalan ditimbulkan rakyat – apakah keperluan mengekalkan empat Menteri Kanan apabila TPM dilantik?

UMNO patut bercerai daripada Bersatu

UMNO patut bercerai daripada Bersatu A [WAWANCARA] MENGGALAS tanggungjawab sebagai wakil rakyat sejak hampir enam dekad lalu menjadikan nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, 84, tidak asing lagi dalam arena politik negara. Selama 60 tahun terlibat dalam dunia politik, Ku Li antara pemimpin UMNO yang disegani ramai dan merupakan ahli paling lama berkhidmat di Parlimen Malaysia. Veteran UMNO itu ketika tampil dalam program ‘Bersama Ku Li’ anjuran Sinar Harian pada Rabu secara terbuka mengakui UMNO perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mengukuhkan kedudukan sebagai parti yang kuat.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.