Berlumba sakan, remaja 17 tahun antara empat ditahan
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
MAIS edar Jalur Gemilang semarak patriotik
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
348 calon SMA di Selangor peroleh Mumtaz
A
A
SHAH ALAM - Seramai 348 atau 11.9 peratus calon Sijil Menengah Agama (SMA) 2020 di Selangor memperoleh pangkat Mumtaz.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad bagaimanapun berkata, pencapaian itu menurun apabila seramai 888 atau 27.7 peratus calon memperoleh Mumtaz pada tahuh 2019. Peratus calon memperoleh Mumtaz pada tahun ini berkurangan sebanyak 15.8 peratus berbanding tahun lalu, katanya pada Majlis Pengisytiharan Keputusan SMA, Sijil Menengah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) dan Sijil Menegah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) di Bilik Mesyuarat Haji Sianid Tingkat 2, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Jumaat.
Mohd Shahzihan berkata, seramai 860 atau 29.4 peratus calon memperoleh pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) manakala 832 calon mendapat keputusan Jayyid (baik).