comparemela.com

Latest Breaking News On - Sultan johor - Page 3 : comparemela.com

Sultan Johor tidak pernah keluar kenyataan seperti didakwa gambar tular

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Ahad bertitah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa dalam sebuah gambar yang tersebar di media sosial, baru-baru ini. Baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi bertitah kenyataan yang dikeluarkan menerusi gambar tular itu adalah palsu dan disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sultan Johor terima menghadap Muhyiddin

JOHOR BAHRU-Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis. Pertemuan Perdana Menteri bersama Sultan Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, pada sebelah tengah hari. Sultan Ibrahim dalam muat naik di akaun Facebook rasmi bertitah, baginda menjemput Perdana Menteri bagi mempersembahkan perkembangan negara ketika ini.

Sultan Johor bagi mesej tegas! Ini dewan mulia, bukan dewan sangkar beruk

Muhyiddin akan pastikan titah Sultan Ibrahim diberi keutamaan

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir mengambil tanggungjawab atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat dan bukan hal berkaitan politik atau kepentingan sendiri. Muhyiddin berkata, baginda bertitah agar ahli mesyuarat membincangkan perkara berkaitan menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi negeri. Menurutnya, atas kapasiti yang ada, beliau akan memastikan titah nasihat itu diberi keutamaan dan diambil tindakan sewajarnya.

Sultan Johor kecewa berlaku perebutan kuasa ketika rakyat susah

JOHOR BAHRU- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan baginda dengan sikap segelintir pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa ketika negara berdepan ancaman wabak Covid-19. Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Sultan Iskandar pada Selasa, baginda bertitah rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berdepan Covid-19 yang membimbangkan.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.