JOHOR BAHRU-Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis. Pertemuan Perdana Menteri bersama Sultan Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, pada sebelah tengah hari. Sultan Ibrahim dalam muat naik di akaun Facebook rasmi bertitah, baginda menjemput Perdana Menteri bagi mempersembahkan perkembangan negara ketika ini.