comparemela.com

Latest Breaking News On - Sukan paralimpik tokyo 2020 - Page 1 : comparemela.com

Kenangan terindah Paralimpik Tokyo 2020

KEJAYAAN merealisasikan sasaran tiga pingat emas selain berjaya membawa pulang dua pingat perak pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disifatkan sebagai pencapaian hebat buat kontinjen para negara. Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharuddin berkata, prestasi memberangsangkan itu adalah hasil kerja keras kesemua atlet terbabit dalam usaha menghasilkan kejayaan buat negara.

Yee Khie sudah sedia beri aksi terbaik

KONTINJEN negara dijangka meraih pingat emas kedua pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila atlet powerlifting para negara, Jong Yee Khie beraksi dalam kategori 107 kilogram (kg) ke atas pada Isnin. Ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, dia yakin Yee Khie mampu mengulangi prestasi cemerlang rakan sepasukan, Bonnie Gunyau Gustin, Sabtu lalu.

Aksi agresif lawan punca Abu Samah tewas

AKSI agresif lawan disifatkan sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan atlet tenis para negara, Abu Samah Borhan untuk mara ke pusingan ketiga Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Paralimpik Tokyo: Nantikan aksi kelas dunia atlet para negara

BUKAN 100 peratus sebaliknya 1,000 kali ganda tumpuan dan usaha akan diberikan barisan atlet para negara, yang bakal membawa cabaran Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan membuka tirai pada 24 Ogos ini. Keyakinan itu dilontarkan Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang teruja menantikan aksi berkelas dunia barisan atlet para negara pada temasya sukan berprestij itu. Ras Adiba yang pernah mewakili Malaysia pada Sukan Para ASEAN 2015 dan Sukan Para Asia 2018 dalam acara menembak 10 meter (m) air rifle, optimis barisan atlet para negara sudah bersedia untuk menyajikan persembahan terbaik, selepas banyak masa dicurahkan dalam sesi latihan.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.