KEJAYAAN merealisasikan sasaran tiga pingat emas selain berjaya membawa pulang dua pingat perak pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disifatkan sebagai pencapaian hebat buat kontinjen para negara. Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharuddin berkata, prestasi memberangsangkan itu adalah hasil kerja keras kesemua atlet terbabit dalam usaha menghasilkan kejayaan buat negara.
TOKYO - Perenang para kebangsaan, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli terus hampa apabila penyertaannya terbatal lagi, kali ini dalam acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo di sini, pada Ahad.
BUKAN mudah bagi seseorang individu normal menerima hakikat sekiranya kehidupan berubah sekelip mata, menjadi golongan orang kurang upaya (OKU). Bagaimanapun, situasi itu tidak memberi kesan mendalam terhadap pemain tenis kerusi roda kebangsaan, Abu Samah Borhan.
KEM powerlifting negara sekali lagi bakal mencuri tumpuan apabila seorang lagi wakilnya, Jong Yee Khie akan turun beraksi dalam acara lelaki 107 kilogram (kg) pagi esok di Sukan Paralimpik Tokyo.
ATLET boccia negara, Chew Wei Lun meneruskan rekod bersih tanpa kalah apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam acara individu campuran BC1 (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan Kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo pada Ahad.