comparemela.com

Latest Breaking News On - Sijil digital vaksinasi - Page 1 : comparemela.com

Peniaga makanan di Melaka belum bersedia dine in

MELAKA - Ramai peniaga di negeri ini belum bersedia untuk membenarkan pelanggan yang lengkap suntikan vaksin Covid-16 menikmati makanan di premis walaupun kerajaan mengumumkan boleh berbuat demikian bermula Jumaat. Seorang pemilik kedai sarapan pagi di Rosman Malik, 51, peningkatan kes di negeri itu menyebabkan dia bimbang untuk memanfaatkan kelonggaran tersebut lebih-lebih lagi kawasan di Lorong Pokok Mangga terdapat kluster Covid-19 yang masih aktif.

Selesai isu sijil digital vaksinasi: MCA

SHAH ALAM - Status sijil digital vaksinasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang tidak selari dengan aplikasi MySejahtera perlu segera diselesaikan. Ketua Biro Pengaduan Awam Seri Kembangan, MCA Bahagian Puchong, Wong Jung Lik berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan banyak masalah timbul kepada penerima vaksin Program Vaksin Selangor (SelVAX).

PDRM digesa waspada wujud sindiket jual sijil digital vaksinasi

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa berwaspada dengan kemungkinan wujudnya pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan cara menjual sijil digital vaksinasi palsu secara dalam talian. Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar berkata, hingga kini kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil secara fizikal bagi membuktikan mana-mana orang awam sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19. Beliau berkata, PDRM perlu berwaspada dalam memperketat pemeriksaan dengan meneliti akaun MySejahtera orang awam supaya bertepatan dengan kad pengenalan dipaparkan.

Tunjuk sahaja sijil digital vaksinasi, tidak perlu cetak

GOPENG - Individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera sekiranya ingin melakukan perjalanan rentas negeri dan daerah mahupun aktiviti sosial lain. Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan.

Tindakan tegas jika palsukan sijil vaksinasi

BAGAN SERAI - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati memalsukan sijil digital vaksinasi kononnya sudah lengkap menerima vaksin bagi mendapatkan kelonggaran. Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya memandang serius perbuatan menipu untuk mendapatkan kelonggaran seperti merentas daerah dan negeri dengan sijil vaksinasi digital palsu tersebut.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.