KUALA LUMPUR - Tujuh aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Jumaat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan perhimpunan #Lawan yang dijadualkan berlangsung 21 Ogos ini.
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa berwaspada dengan kemungkinan wujudnya pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan cara menjual sijil digital vaksinasi palsu secara dalam talian. Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar berkata, hingga kini kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil secara fizikal bagi membuktikan mana-mana orang awam sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19. Beliau berkata, PDRM perlu berwaspada dalam memperketat pemeriksaan dengan meneliti akaun MySejahtera orang awam supaya bertepatan dengan kad pengenalan dipaparkan.
ALOR SETAR - Polis Kedah telah membuka kertas siasatan berhubung penjualan sijil digital vaksin palsu susulan satu laporan polis berkaitan kes terbabit yang tular di media sosial. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis itu dibuat pada jam 9.44 malam pada Selasa.
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berkaitan artikel penjualan sijil digital vaksin palsu yang dipercayai dimuat naik oleh seorang individu di media sosial.