comparemela.com

Latest Breaking News On - Rice fat shady chicken - Page 1 : comparemela.com

Nasi lemak Amsterdam, dari hobi jadi sumber pendapatan

Nasi lemak Amsterdam, dari hobi jadi sumber pendapatan A A PUTRAJAYA - “Kan ik nasi lemak met kip rendang bestellen” (boleh saya pesan nasi lemak rendang ayam), itu antara pesanan yang kerap diterima anak jati Malaysia, Solehan Manger-Ramli, menerusi aplikasi WhatsApp daripada pelanggan di Amsterdam, Belanda sejak 2017. Bermula dengan hobi sambil menjamu sahabat handai, Solehan yang menetap di Rumpt, Belanda selepas mendirikan rumah tangga dengan warga negara itu kini berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan dari rumah dengan menerima pesanan melalui WhatsApp atau media sosial Facebook dan Instagram. Beliau gembira apabila pelanggan warga Malaysia yang menetap di Belanda memuji keenakan nasi lemak yang rasanya sama seperti dijual di tanah air, manakala pelanggan warga tempatan di Amsterdam pula mengetahui mengenai masakan popular Malaysia itu menerusi sosial media.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.