Nasi lemak Amsterdam, dari hobi jadi sumber pendapatan
A
A
PUTRAJAYA - “Kan ik nasi lemak met kip rendang bestellen” (boleh saya pesan nasi lemak rendang ayam), itu antara pesanan yang kerap diterima anak jati Malaysia, Solehan Manger-Ramli, menerusi aplikasi WhatsApp daripada pelanggan di Amsterdam, Belanda sejak 2017.
Bermula dengan hobi sambil menjamu sahabat handai, Solehan yang menetap di Rumpt, Belanda selepas mendirikan rumah tangga dengan warga negara itu kini berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan dari rumah dengan menerima pesanan melalui WhatsApp atau media sosial Facebook dan Instagram.
Beliau gembira apabila pelanggan warga Malaysia yang menetap di Belanda memuji keenakan nasi lemak yang rasanya sama seperti dijual di tanah air, manakala pelanggan warga tempatan di Amsterdam pula mengetahui mengenai masakan popular Malaysia itu menerusi sosial media.
Mesin jahit usang teguh berbakti lebih 70 tahun sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.