comparemela.com

Latest Breaking News On - Programs transformation economy movement co - Page 1 : comparemela.com

Kerajaan bantu ekonomi gerakan koperasi

Kerajaan bantu ekonomi gerakan koperasi A A PUTRAJAYA - Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya. Menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi tujuan mengelakkan lebih banyak koperasi tidak aktif, kehilangan pekerjaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat selain memastikan mereka terus mendapat akses kepada keperluan asas dan produk kritikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, antara inisiatif itu adalah Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi yang diperkenalkan untuk meningkat dan menggerakkan kembali sektor ekonomi koperasi

MEDAC sedia RM20 juta bantu koperasi terjejas

MEDAC sedia RM20 juta bantu koperasi terjejas A KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memperuntukkan RM20 juta daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu koperasi yang terjejas. Menurut MEDAC, peruntukan akan diagihkan menerusi empat Program Pemulihan Koperasi iaitu Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dan Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-Dapat). Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SKM menerusi program KPR akan menggalakkan lagi penubuhan koperasi baharu bagi membolehkan kumpulan sasaran iaitu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), individu terjejas dan hilang punca pendapatan menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.