comparemela.com

Latest Breaking News On - Commission co operative - Page 1 : comparemela.com

MEDAC peruntuk RM230 juta bagi produk baharu TMPSKM

MEDAC peruntuk RM230 juta bagi produk baharu TMPSKM A PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan sebanyak RM230 juta bagi pelaksanaan produk baharu di bawah Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM). Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebanyak 14,629 koperasi dengan keahlian seramai hampir 6.5 juta orang bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan produk baharu ini. Beliau berkata, lima produk yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam usaha meningkatkan promosi pembiayaan TMPSKM adalah Pembiayaan Koperasi Mikro (MicCoopFi-1), Pembiayaan Lestari (LesFi-1), Pembiayaan Permulaan (SuFi-1), Pembiayaan 100 Koperasi Terbaik (Best100Fi-1) dan Pembiayaan Pembayar Yang Baik (GPMFi-1).

MAFI Prihatin bantu golongan terkesan Covid-19

MAFI Prihatin bantu golongan terkesan Covid-19 A A JOHOR BAHRU - MAFI Prihatin yang merupakan program inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi manfaat kepada orang ramai terutama pemberian bantuan berupa pelbagai jenis komoditi hasilan pertanian dan industri makanan kepada golongan yang terkesan dengan Covid-19 termasuk petugas barisan hadapan. Melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sahaja, ia telah memberi manfaat kepada 22,774 orang yang terdiri daripada barisan hadapan, badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di 89 lokasi di seluruh negara. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, setakat ini sebanyak 38.61 tan metrik hasil pertanian dan produk industri makanan telah disalurkan.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.