comparemela.com

Latest Breaking News On - President council people - Page 20 : comparemela.com

Kenyataan Istana panaskan Dewan Rakyat, sidang disambung 2 30 petang

Kenyataan Istana panaskan Dewan Rakyat, sidang disambung 2.30 petang A KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa lebih panas susulan kenyataan Istana Negara berhubung pembatalan Ordinan Darurat. Ia membuatkan ahli-ahli Parlimen mendesak agar penangguhan aturan mesyuarat dibuat bagi memberi laluan isu tersebut dibahaskan dan menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh). Suara-suara ahli Parlimen khususnya di blok pembangkang lebih kuat mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan kerana didakwa telah ‘menderhaka’ kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudiannya memutuskan persidangan ditangguh selama 15 minit untuk beliau berbincang dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Kenyataan Istana Negara terdahulu menyebut bahawa Al-Sultan Abdullah menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Mente

Sidang Dewan Rakyat tidak dilanjutkan selepas 5 30 petang

Sidang Dewan Rakyat tidak dilanjutkan selepas 5.30 petang A A KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memutuskan bahawa masa sidang Dewan Rakyat tidak akan dilanjutkan selepas jam 5.30 petang. Jelas beliau, perkara itu diputuskan berdasarkan pandangan pakar, bukannya pandangan politik. Pada hari pertama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun (Speaker) telah panggil mesyuarat khas juga melibatkan wakil pembangkang, turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan telah diberi dua cadangan. Pertama, persidangan ini tidak boleh diteruskan kerana dalam kes biasa, jika 77 orang sudah dijangkiti di sesuatu tempat, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan.

Tiada pilihan selain tuntut Muhyiddin letak jawatan: Anwar

Tiada pilihan selain tuntut Muhyiddin letak jawatan: Anwar A KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) ketika sidang khas Dewan Rakyat pada Khamis menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan. Beliau berkata, ia susulan kenyataan Istana Negara bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat dukacita dengan keputusan kerajaan melaksanakan pembatalan Ordinan Darurat yang membelakangkan kuasa Istana Negara. Dewan Rakyat senyap seketika apabila ahli-ahli Parlimen mendengar Anwar membacakan secara spesifik perenggan kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin tersebut. Anwar berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bukan sahaja menimbulkan krisis Perlembagaan, malah telah menghina institusi diraja serta menipu Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Pembangkang gesa usul Proklamasi Darurat dibentang

Pembangkang gesa usul Proklamasi Darurat dibentang A KUALA LUMPUR - Wakil pembangkang mendesak sidang khas Dewan Rakyat membenarkan pembentangan usul Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat agar ia dapat dibahas seterusnya diputuskan sama ada ia ditamatkan atau sebaliknya. Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham berkata, ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Ordinan Darurat yang diumumkan dibatalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah tidak benar dan masih berkuatkuasa. Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Takiyuddin itu tidak tepat dan telah mengelirukan ahli Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, saya pagi tadi meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun supaya pembentangan usul saya tentang darurat disegerakan, kataya menerusi sidang akhbar pada sidang khas Parlimen pada Khamis.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.