Perbezaan pandangan perlu dirai, dibuat secara tertib: Saifuddin sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Sidang DUN Selangor mula 23 Ogos
A
SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijadualkan bersidang pada 23 Ogos hingga 6 September depan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pembukaan sidang DUN Selangor melalui warkah yang diutus baginda bertarikh 6 Julai lalu selaras dengan peruntukan yang termaktub di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021. Sultan Sharafuddin juga telah memberi perkenan baginda bagi tujuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat (Ke-4) Dewan Negeri Selangor Keempat Belas (Ke-14) Tahun 2021, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Amirudin berkata, kerajaan Selangor menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Sultan Sharafuddin yang sentiasa prihatin terhadap kebebasan amalan demokrasi di negeri ini.
DUN Pulau Pinang bersidang 1 September sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
UMNO tidak dilantik TPM modal Zahid ajak keluar PN: Nazri Aziz
A
SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan alasan kegagalan UMNO dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebagai asas parti itu mahu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendakwa beliau dimaklumkan beberapa ahli Parlimen UMNO lain bahawa Ahmad Zahid ada cuba memanggil seorang demi seorang daripada mereka, bertujuan untuk menjanjikan sesuatu sekiranya mereka bersetuju keluar daripada kerajaan PN.
Mohamed Nazri turut dimaklumkan, dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO bersama Ahmad Zahid di Wisma Perwira, Kuala Lumpur Isnin malam, majoriti daripada 38 ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian untuk tidak menyokong hasrat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Bakal jururawat didenda RM7,000 sebar berita palsu sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.