Sidang DUN Selangor mula 23 Ogos
A
SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijadualkan bersidang pada 23 Ogos hingga 6 September depan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pembukaan sidang DUN Selangor melalui warkah yang diutus baginda bertarikh 6 Julai lalu selaras dengan peruntukan yang termaktub di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021. Sultan Sharafuddin juga telah memberi perkenan baginda bagi tujuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat (Ke-4) Dewan Negeri Selangor Keempat Belas (Ke-14) Tahun 2021, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Amirudin berkata, kerajaan Selangor menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Sultan Sharafuddin yang sentiasa prihatin terhadap kebebasan amalan demokrasi di negeri ini.