JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 220.5 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 39.9 juta kes.
MARANG - Kerajaan negeri Terengganu menyalurkan bantuan berjumlah RM45,000 kepada 90 nelayan, petani dan penternak yang disahkan positif Covid-19 sejak Mac tahun lepas hingga Jun lalu. Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, setakat ini seramai 80 orang di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Marang telah menerima bantuan tersebut.
SHAH ALAM – Seramai 53,571 orang pekerja di seluruh Selangor telah dikenal pasti positif Covid-19 melalui saringan yang dilaksanakan di tempat kerja masing-masing bagi tempoh bermula Julai lalu.
Penyanyi Elyana memberitahu bahawa ibunya telah dijangkiti Covid-19 dan meminta agar orang ramai mendoakan ibunya. Ibu Elyana positif Covid-19 Menerusi