JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 220.5 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 39.9 juta kes.