SHAH ALAM - Pemimpin perlu memainkan peranan dalam membendung gejala rasuah dengan menunjukkan sikap integriti dan amanah agar menjadi contoh terbaik kepada golongan bawahan mereka. Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airport (Kesma), Hussin Shahar berkata, pemimpin tersebut bukan sahaja daripada golongan ahli politik, malahan semua ketua daripada sektor pekerjaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan.