comparemela.com

Latest Breaking News On - Pemilihan umno - Page 1 : comparemela.com

Tak boleh samakan tangguh pemilihan UMNO dengan tangguh Parlimen

Tunggu pengumuman rasmi pemilihan UMNO

Tunggu pengumuman rasmi pemilihan UMNO A PONTIAN - UMNO dijangka akan membuat pengumuman rasmi berhubung pemilihan parti itu dalam masa terdekat. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kedudukan pemilihan parti akan dihuraikan menerusi pengumuman yang akan dibuat kelak. Selagi belum ada pengumuman rasmi mengenai kedudukan pemilihan UMNO, jangan sebut ada pemilihan atau tidak. Jangan juga cakap boleh atau tidak boleh adakan pemilihan, tunggu dulu pengumuman rasmi dibuat, katanya ketika ditemui sewaktu mengadakan lawatan di Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) Ayer Baloi Kampung Parit Panjang di sini pada Ahad. Sebelum itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan parti itu menangguhkan pemilihan parti yang dicapai menerusi satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

Desak buka Parlimen, bukan pemilihan UMNO

Desak buka Parlimen, bukan pemilihan UMNO A A JOHOR BAHRU - Menteri-menteri UMNO dalam kerajaan hari ini sepatutnya berjuang untuk membuka semula Parlimen dan bukannya mendesak parti untuk mengadakan pemilihan yang kini ditangguhkan akibat wabak Covid-19. Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, mereka gagal mendesak Parlimen dibuka iaitu hanya untuk 220 ahli Parlimen bersidang sebaliknya mahukan pemilihan UMNO yang akan melibatkan 150,000 ahli di seluruh negara dalam keadaan pandemik itu masih melanda. Awak (Menteri-menteri UMNO yang mendesak diadakan pemilihan) nak buat (buka Parlimen semula) untuk 220 Ahli Parlimen (bersidang) pun susah dan berdolak-dalih. Mereka kata (tujuan adakan pemilihan UMNO) nak selesai kemelut dalam parti.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.