comparemela.com

Latest Breaking News On - Parlimen - Page 2 : comparemela.com

Inisiatif bank bergerak diperluas, libatkan 250 mukim

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) bersama Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha untuk memperluas inisiatif bank bergerak dengan kerjasama institusi perbankan yang dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta bagi inisiatif itu seperti yang diumumkan dalam pelan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 28 Jun, 2021.

Dewan Rakyat: MA63, isu bayaran pencen B40 jadi tumpuan hari ini

KUALA LUMPUR - Isu bayaran pencen bagi golongan B40 antara isu bakal dikupas pada persidangan Parlimen, pada Khamis. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) kepada Perdana Menteri. Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) pula akan meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah cabaran dihadapi dan bagaimana untuk membantu sektor pembinaan menghadapi cabaran kesan daripada wabak Covid-19.

Peranan GLC, GLIC perlu dinilai semula: Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran untuk menilai semula peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi mengoptimumkan aset-aset kerajaan demi pemulihan ekonomi negara. Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, GLC sepatutnya tidak bersaing dengan sektor swasta demi mengukuhkan keusahawanan negara.

Kerajaan sedia atasi isu pesara bawah garis kemiskinan

KUALA LUMPUR – Satu kajian telah dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengatasi masalah pesara penjawat awam yang berada di bawah garis kemiskinan bagi memastikan kehidupan pasca perkhidmatan mereka pada tahap selesa.

Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibentang tahun depan

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk menjatuhkan hukuman lebih berat kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan. Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Mansor Othman berkata, kementeriannya akan membentangkan pindaan akta itu menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.