KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran untuk menilai semula peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi mengoptimumkan aset-aset kerajaan demi pemulihan ekonomi negara. Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, GLC sepatutnya tidak bersaing dengan sektor swasta demi mengukuhkan keusahawanan negara.
SHAH ALAM - Kerajaan menetapkan dua objektif utama bagi mengurangkan kesan ekonomi yang berpanjangan. Objektif itu adalah mengembalikan kesejahteraan rakyat seiring dengan usaha meningkatkan kuasa beli pengguna dan mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu fokus usaha kerajaan ketika ini adalah kepada rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian, rakyat yang berpendapatan sederhana, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor perindustrian termasuk industri pelancongan domestik.