Saya beruntung ramai kawan Muslim beri sumbangan
A
A
KOTA BHARU - Hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19 tidak mematahkan semangat buat seorang saudara baharu di sini.
Malah, Muhd Kumar Abdullah, 46, menganggap masalah itu bukanlah satu pengakhiran kepadanya, sebaliknya ujian kecil daripada ALLAH SWT.
Menurutnya, sebelum ini dia mempunyai pendapatan sekitar RM4,000 sebulan sebagai Jurulatih Seni Budaya Negara (Seni Berbahasa Melayu), namun tidak lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Ada hari saya terputus bekalan makanan, tetapi saya beruntung kerana ada ramai kawan Muslim yang memberikan sumbangan dan prihatin terhadap nasib mualaf.
“Ini bukan pengakhiran dan saya tak pernah terfikir sampai hendak bunuh diri. Kalau saya mati sekalipun, saya hendak mati dalam Islam,” katanya ketika ditemui ketika Program Bantuan Prihatin Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) di Pejabat Persatuan Muslim India Kelantan di Taman Sri Bayam di sini pada Khamis
Kronologi pelaksanaan fasa PKP
hmetro.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from hmetro.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
PKPD di Persiaran Paya Terubong, Penjara Seremban dilanjutkan
hmetro.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from hmetro.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.