KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membantu meringankan beban golongan peniaga dan penjaja kecil di negeri ini yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerusi Program Prihatin Asnaf. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Mohd Azman Ghazali berkata, penyaluran bantuan itu dibuat selepas pihaknya menghayati keperitan hidup dialami golongan berkenaan apabila pendapatan mereka menyusut sehingga 90 peratus akibat serangan pandemik Covid-19.
KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tidak menolak kemungkinan semua masjid di negeri ini akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.
KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melonggarkan syarat kelulusan penerima bantuan antaranya membabitkan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang membolehkan golongan M40 turut dibantu bermula Julai lalu. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Mohd Azman Ghazali berkata, langkah diambil berlandaskan keprihatinan MAIK terhadap kesukaran yang dihadapi bukan sahaja oleh B40 malah segenap lapisan masyarakat ketika ancaman pandemik Covid-19.
MAIK manfaat NGO bantu penduduk terjejas Covid-19
July 17, 2021
Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) meneliti lima badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama pihaknya bagi menyalurkan bantuan kepada golongan terjejas termasuk mualaf dan Orang Asli.
Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Mohd Azman Ghazali berkata, program itu di bawah Bantuan Prihatin MAIK yang bernilai RM200,000 dalam bentuk makanan asas melalui jaringan bersama NGO.
Katanya, NGO didapati lebih dekat masyarakat serta berkemampuan mereka mencari individu terjejas ketika pandemik sekarang.
Advertisement
“Program ini sebenarnya satu bentuk kerjasama dengan NGO yang mana kita rancang beri bantuan keperluan kepada semua yang terkesan termasuk penduduk bukan Islam, cuma hari ini fokus kita beri bantuan melalui jaringan NGO.