Individu rentas negeri tidak dibenarkan hadir solat sunat Aidiladha di Perlis 18 Jul 2021 / 11:09 H.
KANGAR: Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri, termasuk mereka yang berulang alik bekerja setiap hari, tidak dibenarkan hadir ke solat sunat Aidiladha di Perlis, Selasa ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah larangan itu turut membabitkan ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama mereka, melainkan ahli keluarga dan individu berkenaan telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19.
“Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.