comparemela.com

Latest Breaking News On - Individual cross - Page 1 : comparemela.com

Individu rentas negeri tidak dibenarkan hadir solat sunat Aidiladha di Perlis

Individu rentas negeri tidak dibenarkan hadir solat sunat Aidiladha di Perlis 18 Jul 2021 / 11:09 H. KANGAR: Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri, termasuk mereka yang berulang alik bekerja setiap hari, tidak dibenarkan hadir ke solat sunat Aidiladha di Perlis, Selasa ini. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah larangan itu turut membabitkan ahli keluarga dan individu yang tinggal bersama mereka, melainkan ahli keluarga dan individu berkenaan telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19. “Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Individu rentas sempadan, tidak dibenarkan solat Aidiladha di Perlis

Individu rentas sempadan, tidak dibenarkan solat Aidiladha di Perlis A KANGAR - Individu yang merentas sempadan atau negeri samada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang alik bekerja pada setiap hari tidak dibenarkan hadir menunaikan solat Aidiladha pada Selasa ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, larangan itu turut terpakai kepada ahli keluarga mereka yang tinggal bersama kecuali individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin. Titah baginda, pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Bagi kariah Kota Raja Arau, solat Aidiladha akan didirikan di Dataran Istiadat Istana Arau pada jam 8 pagi untuk sesi pertama manakala bagi sesi kedua di pekarangan Masjid Negeri Arau pada jam 9 pagi, sekiranya berlaku limpahan jemaah, titah baginda dalam kenyataan pada Ahad.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.