Covid-19: Kelonggaran SOP untuk Perlis, Putrajaya dan Terengganu?
A
A
KUALA LUMPUR - Sekurang-kuranya tiga buah negeri di Semenanjung dijangka diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana rekod jangkitan Covid-19 yang kekal rendah dalam ketika kebanyakan negeri lain masih bergelut dengan kes harian baharu yang tinggi.
Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (26 Jun hingga 2 Julai 2021) dan berdasarkan laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Terengganu dan WP Putrajaya secara konsistennya mencatat kes dua angka, sementara Perlis antara satu angka dan sifar kes.
Pada Jumaat, Terengganu merekod 44 kes harian baharu (kumulatif 11,295 kes), sementara WP Putrajaya 20 kes (kumulatif 2,332 kes) dan Perlis sifar kes (kumulatif 595 kes). Perlis pada 29 Jun dan 27 Jun turut mencatat sifar kes.
Covid-19: WHO beri amaran Eropah akan dilanda gelombang kedua
A
A
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran Eropah akan dilanda gelombang kedua Covid-19 jika orang ramai terus ingkar peraturan langkah kawalan.
Badan dunia itu menggesa setiap orang berdisiplin selepas didapati berlaku peningkatan ketara jangkitan koronavirus di Eropah berbanding dua bulan lepas.
Pengarah Wilayah WHO untuk Eropah, Hans Kluge berkata, minggu lalu jumlah kes meningkat 10 peratus, didorong peningkatan pergaulan, perjalanan, perhimpunan dan kelonggaran sekatan sosial.
Tambahnya, peningkatan kes berlaku disebabkan varian Delta yang kali pertama dikesan di India dan sangat mudah tersebar berbanding Alpha, julung kali dikesan di Britain.
Malah, ujar beliau, varian Delta mampu menjadi dominan di Eropah yang terdiri dari 53 negara dan wilayah, termasuk beberapa negara di Asia Tengah, menjelang Ogos ini.
Mampukah Malaysia hasilkan vaksin sendiri? sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Keutamaan kesihatan mental ketika Bekerja Dari Rumah (BDR)
June 29, 2021
BERDASARKAN Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) terkini, tiga daripada setiap 10 dewasa berusia 16 tahun ke atas akan menderita masalah kesihatan mental. Sebelum itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf kesihatan mental sebagai keutamaan kerana statistik masalah mental semakin meningkat dan ia diramalkan sebagai penyebab utama kecacatan. Statistik ini mempunyai kesan yang pasti terhadap populasi pekerjaan dan harus ditangani dalam konteksnya.
Gangguan psikologi agak bervariasi dan penyebabnya adalah kompleks serta ia merangkumi faktor pekerjaan dan bukan pekerjaan. Oleh kerana masa bekerja merangkumi sebahagian besar ruang kehidupan kita, keadaan pekerjaan boleh dianggap sebagai pengaruh yang meluas pada keadaan keseluruhan kesejahteraan individu.
WHO kecam kegagalan global beri akses vaksin Covid-19
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam kegagalan global berkaitan akses kepada bekalan vaksin Covid-19.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, negara-negara kaya telah membuka semula kehidupan sosial masyarakat dan memberi vaksin kepada golongan muda yang tidak berisiko tinggi.
Bagaimanapun, negara-negara miskin dibiarkan dengan kejam mengalami kekurangan dos vaksin Covid-19.
Tambahnya, situasi di Afrika menyaksikan jangkitan dan kematian baharu melonjak hampir 40 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Keadaan itu dianggap sebagai sangat berbahaya kerana varian Delta kini telah tersebar di seluruh dunia. Dunia telah gagal, sepertimana komuniti global, masyarakat juga dianggap gagal, katanya pada sidang media pada Jumaat.