Covid-19: Kelonggaran SOP untuk Perlis, Putrajaya dan Terengganu?
A
A
KUALA LUMPUR - Sekurang-kuranya tiga buah negeri di Semenanjung dijangka diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana rekod jangkitan Covid-19 yang kekal rendah dalam ketika kebanyakan negeri lain masih bergelut dengan kes harian baharu yang tinggi.
Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (26 Jun hingga 2 Julai 2021) dan berdasarkan laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Terengganu dan WP Putrajaya secara konsistennya mencatat kes dua angka, sementara Perlis antara satu angka dan sifar kes.
Pada Jumaat, Terengganu merekod 44 kes harian baharu (kumulatif 11,295 kes), sementara WP Putrajaya 20 kes (kumulatif 2,332 kes) dan Perlis sifar kes (kumulatif 595 kes). Perlis pada 29 Jun dan 27 Jun turut mencatat sifar kes.