PEMAIN badminton negara mungkin telah berjaya mencuri perhatian ramai di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan aksi hebat diperagakan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki). Namun ramai yang tidak mengetahui, Kristil Tan Ai Teng, 53, dari Teluk Intan, Perak juga telah membuatkan Malaysia berbangga apabila terpilih seorang daripada pengadil dari seluruh dunia untuk mengendalikan perlawanan badminton di Olimpik Tokyo.
SELAIN mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Olimpik Rio 2016, skuad polo air lelaki Serbia turut melakar sejarah tersendiri dengan meraih pingat emas terakhir yang ditawarkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 menewaskan Greece 13-10 pada aksi final di Pusat Polo Air Tatsumi pada Ahad.
JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menepati ramalan untuk melangkah ke saingan suku akhir selepas mendominasi pusingan pertama acara keirin di Velodrome Izu pada Sabtu. Mohd Azizulhasni tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pelumba yang lain melalui kayuhan bertenaga sebelum melintasi garisan penamat dengan willy trademark yang sering dibuatnya.
TOKYO - [DIKEMAS KINI] Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terlibat dalam kemalangan ketika saringan acara keirin di Velodrom Izu, dikejarkan ke Hospital Universiti Juntendo di Shizouka. Pelumba kelahiran Muar, Johor itu terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua acara berkenaan, setelah berlanggar dengan Jack Carlin dari Great Britain, yang memenangi pingat gangsa acara pecut semalam.
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang meminta seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendoakan kejayaannya membawa pulang pingat emas Olimpik pertama di Tokyo pada hari terakhir temasya berprestij dunia itu esok (Ahad). Mohd Azizulhasni, 33, mengesahkan slot di pusingan suku akhir acara keirin bersama rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sahrom selepas masing-masing melepasi cabaran pusingan pertama di Velodrom Izu, Shizuoka, pada Sabtu.