SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin sedia menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 kepada pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom sekiranya dapat membawa pulang pingat emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk Malaysia.
SELAIN memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, atlet angkat berat Georgia, Lasha Talakhadze melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memecahkan tiga rekod dunia masing-masing dalam acara snatch dan clear and jerk pada Rabu. Juara dunia lima kali yang juga pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 itu mencatatkan rekod dunia pada Rabu apabila mengangkat bebanan 209kg bagi angkatan pertama, 215 (angkatan kedua) dan 223kg bagi angkatan terakhir bagi acara snatch manakala dalam acara clean and jerk, atlet berusia 27 tahun itu memulakan angkatan dengan 245kg kemudiannya 255kg dan seterusnya 265kg pada angkatan ketiga.
FINA buat u-turn , Jun Hoong layak ke Tokyo
A
KUALA LUMPUR - Persatuan Renang Malaysia (MS) pada Sabtu mengesahkan bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong dapat beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo bulan depan, berikutan keputusan ‘U-turn’ Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Setiausaha Agung MS, Mae Chan berkata, FINA dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah membatalkan keputusan mereka sebelum ini dan memasukkan 18 penerjun terbaik dalam acara platform 10 meter (m) individu wanita kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 ke Olimpik.
“Kami dengan berbesar hati memberitahu bahawa Jun Hoong mendapat slotnya kembali untuk ke Olimpik. Terima kasih kepada Presiden FINA yang baru dilantik, Husain Al Musallam.
[DIKEMAS KINI] Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Lee Chong Wei, untuk tidak menyertai kontinjen negara ke temasya sukan terbesar dunia itu bulan depan.