KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sentiasa memantau harga bahan binaan bagi mengelakkan kenaikan, sekali gus mengurangkan beban kepada kontraktor kecil. Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, antara langkah yang diambil termasuk menguat kuasakan pekeliling baharu, iaitu PK2.4 Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga mulai 1 Januari hingga 30 Disember ini. Jelas beliau, pekeliling baharu itu termasuk meliputi harga barangan bagi kerja-kerja binaan seperti kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.