Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula
ACARA ANTARABANGSA: Mufti Dr Nazirudin (kanan) bersama Timbalan Mufti Dr Mohammad Hannan Hassan dalam perbincangan di Persidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya (ICCOS) anjuran Muis.– Foto MUIS
SIDANG ANJURAN JAWATANKUASA PENASIHAT BIOETIKA SINGAPURA: Sewaktu berkongsi pandangannya di seminar Covid-19, mantan Mufti Bosnia Herzegovina melahirkan rasa bangga terhadap masyarakat Islam Singapura. Menurutnya, keadaan di Singapura adalah contoh yang baik bagaimana masyarakat Islam dapat menghayati nilai agama tatkala hidup di dalam suasana sekular serta menjalin persefahaman dengan masyarakat lain. - Foto MUIS
ISLAM adalah agama keseimbangan, atau dengan istilah Al-Quran, agama wasitah.
Umat Islam disifatkan sebagai umat yang seimbang (ummatan wasatan), yang menolak pemikiran, sikap mahupun perbuatan di polar yang ekstrem.
Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula
Berlatarbelakangkan era Revolusi Industri 4.0, Encik Suhaimi Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SSA Group, menyatakan dalam siri 2 bahagian ini bahawa kemahiran insani seperti ketangkasan dan penyesuaian diri jauh lebih penting berbanding teknologi amali seperti kecerdasan buatan dan robotik. Apa yang lebih penting adalah kemampuan untuk memanfaatkan kuasa yang ditawarkan teknologi.
TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan pada 5 April tahun ini bahawa setiap daripada 23 Perancangan Perubahan Industri (ITM) akan diberi nafas baru untuk memenuhi perubahan yang dipercepat akibat Covid-19.
Encik Heng menambah bahawa pembaruan semula ITM itu akan dilengkapi oleh usaha Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh dan Perikatan Untuk Bertindak (AfA) Singapura Bersama yang menurutnya telah berfungsi sebagai pencari jalan bagi membantu Singapura merebut peluang segera walau di tengah-tengah Covid-19.
Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula Merokok atau terdedah kepada asap rokok masih menjadi faktor risiko utama kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC). Dari faktor risiko yang boleh diubah, berhenti merokok menawarkan peluang terbaik untuk menurunkan risiko NSCLC. Kami sedang giat melakukan penyelidikan untuk memahami sebab-sebab mengapa (mereka yang) tidak pernah merokok menghidap kanser paru-paru. - Prof Madya Daniel Tan, Perunding Kanan Bahagian Onkologi Perubatan, Pusat Kanser Nasional Singapura (NCCS) serta Pengerusi bersama Persidangan Dunia mengenai Kanser Paru-paru Singapura.
KANSER paru-paru adalah antara kanser tertinggi dikesan sejak 50 tahun yang lalu dan ia antara kanser manusia paling agresif.
Barah ini merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan lelaki dan penyebab utama kematian kanser kedua di kalangan wanita, dengan 6,064 kematian di Singapura dari 2013 hingga 2017.