Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula
Berlatarbelakangkan era Revolusi Industri 4.0, Encik Suhaimi Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SSA Group, menyatakan dalam siri 2 bahagian ini bahawa kemahiran insani seperti ketangkasan dan penyesuaian diri jauh lebih penting berbanding teknologi amali seperti kecerdasan buatan dan robotik. Apa yang lebih penting adalah kemampuan untuk memanfaatkan kuasa yang ditawarkan teknologi.
TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan pada 5 April tahun ini bahawa setiap daripada 23 Perancangan Perubahan Industri (ITM) akan diberi nafas baru untuk memenuhi perubahan yang dipercepat akibat Covid-19.
Encik Heng menambah bahawa pembaruan semula ITM itu akan dilengkapi oleh usaha Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh dan Perikatan Untuk Bertindak (AfA) Singapura Bersama yang menurutnya telah berfungsi sebagai "pencari jalan" bagi membantu Singapura merebut peluang segera walau di tengah-tengah Covid-19.