PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan ada melakukan perbincangan untuk menambah bilangan pasukan Liga Super daripada 12 pasukan kepada 16 pasukan seperti yang tular dalam satu video di media sosial pada Ahad.
SABAH FC mengambil keputusan drastik merehatkan sementara ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkuatkuasa pada Ahad sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak selepas prestasi hambar dipamerkan The Rhinos dalam aksi Liga Super sejak kebelakangan ini. Pengurus The Rhinos, Marzuki Nasir berkata, Penolong Jurulatih, Burhan Ajui akan menggalas tugas buat sementara waktu manakala Jelius Ating dilantik sebagai Penolong Pengurus Sabah FC yang baharu dalam tempoh itu.
KETUA jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui kehangatan semakin dirasai dalam misi perebutan tempat kedua Liga Super tatkala Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk mengesahkan kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut.
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora nyata gembira atas kejayaan skuad kendaliannya meraih kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut lebih awal selepas kemenangan 3-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.
JUARA Liga Super 2021, Johor Darul Johor Darul Ta'zim (JDT), bakal mendermakan hadiah wang kemenangan Liga Super musim ini kepada kesemua petugas barisan hadapan (frontliners). Menurut laman facebook rasmi Harimau Selatan itu, Johor Southern Tigers (JST), pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan agar kesemua wang kemenangan berkenaan didedikasikan kepada semua petugas barisan hadapan hati ketika penularan wabak Covid-19, melanda negara.