SABAH FC mengambil keputusan drastik merehatkan sementara ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkuatkuasa pada Ahad sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak selepas prestasi hambar dipamerkan The Rhinos dalam aksi Liga Super sejak kebelakangan ini. Pengurus The Rhinos, Marzuki Nasir berkata, Penolong Jurulatih, Burhan Ajui akan menggalas tugas buat sementara waktu manakala Jelius Ating dilantik sebagai Penolong Pengurus Sabah FC yang baharu dalam tempoh itu.