NUR-SULTAN - Sekurang-kurangnya 60 orang cedera dalam letupan di sebuah depot senjata Di daerah Bayzakov, Kazakhstan pada Khamis sehingga menyebabkan pihak berkuasa memindahkan penduduk di empat buah kampung yang berhampiran.
ZURICH - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bekerjasama dengan hospital di Afghanistan bagi memberi bantuan perubatan kepada mangsa yang cedera dalam siri letupan pengebom bunuh diri berhampiran lapangan terbang Kabul, menurut kenyataan WHO Afghanistan pada Khamis, lapor Xinhua.
GAZA - Kira-kira 20 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di sempadan Gaza pada Rabu, kata sumber perubatan di Gaza. Menurut sumber, itu, pasukan keselamatan rejim Zionis melepaskan peluru hidup sekali gus menyebabkan sebahagian penduduk Palestin cedera.
PASIR MAS - Bunyi letupan kecil berjaya menyelamatkan tiga sekeluarga daripada rentung apabila rumah sewa mereka di Kampung Jias, di sini terbakar pada Ahad. Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu disedari oleh Nor Aliya Maisarah Abdul Talib, 18, selepas mendengar bunyi letupan kecil tersebut. Nor Aliya Maisarah berkata, sebaik sahaja mendengar bunyi itu, dia bergegas keluar dari biliknya untuk melakukan pemeriksaan dan terkejut mendapati api yang berpunca dari rumah kosong di sebelah rumahnya mula merebak.