KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia(PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
TANJONG KARANG - Ketua Pemuda UMNO Tanjong Karang, Datuk Mohd Shahrizal Sahri membuat laporan polis selepas terdapat pihak menyamar menggunakan nama dan gambar beliau pada aplikasi WhatsApp yang kononnya menolak kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mohd Shahrizal berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Tanjong Karang pada jam 6.15 petang Sabtu.
KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Beberapa individu di Kemaman membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana didakwa menghina pucuk pimpinan UMNO. Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Chukai, di sini, pada Jumaat.
SHAH ALAM - Polis membuka kertas inkuiri polis terhadap laporan yang diterima berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pihak mencetus kemelut politik ketika ini tidak senang dengan tindakannya enggan mencampuri urusan mahkamah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan akan dijalankan berhubung laporan yang diterima.
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat laporan polis terhadap Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berhubung dakwaan sogokan bagi perolehan vaksin Covid-19 keluaran ModernaTX Inc.