TANJONG KARANG - Ketua Pemuda UMNO Tanjong Karang, Datuk Mohd Shahrizal Sahri membuat laporan polis selepas terdapat pihak menyamar menggunakan nama dan gambar beliau pada aplikasi WhatsApp yang kononnya menolak kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mohd Shahrizal berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Tanjong Karang pada jam 6.15 petang Sabtu.