SHAH ALAM - Rakyat Selangor diingatkan tidak alpa dan lalai walaupun situasi Covid-19 di negeri ini semakin pulih dengan jumlah kes, kadar penggunaan katil dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) menurun. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mereka juga diingatkan agar meneruskan amalan norma baharu dengan memakai pelitup muka, penjarakan fizikal serta kebersihan diri.
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes positif Covid-19 terus meningkat apabila 12,434 kes baharu dilaporkan setakat jam 12.30 tengah hari pada Rabu. Kebanyakan negeri merekodkan peningkatan kes dengan Sarawak kekal melapor angka tertinggi iaitu 2,967 kes diikuti Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Unjuran permodelan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Julai menunjukkan negara sepatutnya mencapai kes harian 24,000 pada September depan. Bagaimanapun, ia direkodkan pada Khamis selepas 24,599 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan. Angka tersebut merupakan tertinggi yang pernah dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara Februari tahun lalu.
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoal kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung jangkitan Covid-19 harian yang mencecah 21,000 dan kes keseluruhan kini melebihi 1.3 juta dikatakan sebagai menjaga rakyat. Menurut beliau, pandemik Covid-19 bukan bermula semalam, namun telah lama tetapi kerajaan PN masih berterusan gagal menguruskannya.