PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes positif Covid-19 terus meningkat apabila 12,434 kes baharu dilaporkan setakat jam 12.30 tengah hari pada Rabu. Kebanyakan negeri merekodkan peningkatan kes dengan Sarawak kekal melapor angka tertinggi iaitu 2,967 kes diikuti Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).