Published on: Thursday, July 29, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dan seorang wanita didenda sejumlah RM54,000 atas tiga tuduhan menyerahkan penyata bank palsu kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk mendapatkan kontrak bernilai RM2.08 juta bagi membekalkan makanan siap masak ke sebuah asrama di Beaufort.
Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu kepada Syah Rizal Basri, 44, dan Rosainah Nusteh, 54, yang mengaku bersalah kepada tuduhan alternatif terhadap mereka pada Rabu.
Syah Rizal diperintah untuk membayar denda RM10,000 atau penjara empat bulan bagi setiap tuduhan, bermakna dia perlu membayar RM30,000 sementara Rosainah didenda RM8,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan, bermakna dia perlu membayar RM24,000.
Published on: Saturday, July 10, 2021
By: Cynthia D Baga
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 37 tahun didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, kepada tuduhan terhadapnya itu pada Jumaat.
Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut terhadap anaknya yang berusia 13 tahun itu dengan meraba payudara, menyentuh paha dan kemaluannya pada pukul 5 pagi 25 Jun tahun ini di sebuah rumah di Penampang.
ADVERTISEMENT
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Disebabkan hubungan antara lelaki itu dan mangsa, terdapat hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(2)(c) Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Published on: Saturday, July 10, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berumur 48 tahun meminta dibicarakan bagi dua tuduhan menerima rasuah RM30,000.
Sahiful Ag Ahmad
(gambar) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat selepas tuduhan dibacakan kepadanya.
Bagi tuduhan pertama, Sahiful sebagai Ketua Pejabat Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Cawangan Kota Kinabalu, dituduh menerima rasuah dalam bentuk tunai RM20,000 daripada pemilik Syarikat Mulia Jelata Sdn Bhd, berhubung kerja-kerja kapal tunda di Pelabuhan Sepanggar, di sini.
ADVERTISEMENT
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada September 2019 di tempat letak kereta di Bay 21, Jalan Bayu 21 dekat Jalan Istiadat, di sini.
Dua beradik didenda berjumlah RM42,000 | Daily Express Online - Sabah s Leading News Portal dailyexpress.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from dailyexpress.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Published on: Saturday, June 26, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Kota Kinabalu: Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didakwa atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM3,990.
Syahruddin Muhd Saleh, 40, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat melakukan tiga pertuduhan itu pada Jumaat.
Atas pertuduhan pertama hingga ketiga, Syahruddin didakwa mengemukakan tiga dokumen tuntutan yang mengandungi perincian palsu iaitu resit di bawah nama The Mark’s Lodge bertarikh 13 Jun, 2014 bernilai RM2,000, di bawah nama 178-Advertising Sdn Bhd bertarikh 12 Jun, 2014 bernilai RM290 dan di bawah nama Business Machines Service Centre bertarikh 11 Jun, 2014 bernilai RM1,700.
ADVERTISEMENT