Published on: Saturday, July 10, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berumur 48 tahun meminta dibicarakan bagi dua tuduhan menerima rasuah RM30,000.
Sahiful Ag Ahmad
(gambar) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat selepas tuduhan dibacakan kepadanya.
Bagi tuduhan pertama, Sahiful sebagai Ketua Pejabat Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Cawangan Kota Kinabalu, dituduh menerima rasuah dalam bentuk tunai RM20,000 daripada pemilik Syarikat Mulia Jelata Sdn Bhd, berhubung kerja-kerja kapal tunda di Pelabuhan Sepanggar, di sini.
ADVERTISEMENT
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada September 2019 di tempat letak kereta di Bay 21, Jalan Bayu 21 dekat Jalan Istiadat, di sini.
Sabah benar rentas daerah ikut zon hmetro.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from hmetro.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.